Alhamdulillah, tercapai juga hajat di hatiku untuk mencipta blog sendiri. Template yang digunakan setakat ini adalah design yang ini. Kalau ada yang lebih baik lagi selepas ini, In Sha Allah, saya akan gantikan.

Tujuan saya menulis atau mengadakan blog peribadi adalah untuk berkongsi rasa. Bahkan untuk menajamkan lagi penulisan dan gaya bahasa saya yang agak kaku ini. Saya memiliki hobi yang biasa-biasa iaitu suka menulis cerita / fiksyen. Oleh kerana saya bukanlah seorang pakar cinta, maka karya yang dihasilkan juga bukanlah menjuruskan kepada cinta semata-mata.

Penulisan yang saya tulis adalah dari cara saya sendiri bahkan latar belakang saya dan keluarga bukanlah dari kalangan penulis. Barangkali minat suka menulis. Saya suka menulis sesuatu yang dekat dengan kita dan ia dapat membuatkan kita merasainya. Rasa takut, seram, cinta, sayang dan rindu. Barangkali itulah rasa yang menjadikan jantung kita bergetar dan akal kita menjalar.


Bukan mudah untuk membaca kerana risikonya adalah mengantuk, hi hi hi. Saya mudah mengantuk jadi mengambil masa beberapa minit untuk tidur sejenak. Saya yakin pembaca yang setia tidak akan pernah menguap kala membaca kerana memberikan tumpuan terhadap bacaan. Jika dirasakan bacaan itu tidak patut atau sebagainya, maka mereka akan memberikan pandangan.

Begitulah... menulis untuk berkongsi dan meluahkan rasa. Saya pun bukan orang yang pandai dalam berkata-kata. Hanya mengikut pandangan peribadi sendiri. Jika ada percanggahan, harap maaf ya. Salam kenal daripada saya untuk pembaca. Assalamualaikum :-)

Post a Comment

Previous Post Next Post