Rasa bagaikan ada yang tertinggal di dalam kehidupan harian jikalau tidak buka Facebook. Ia satu ketagihan bagi yang begitu teruja dengannya. Malah ia adalah kehidupan sosial yang tragis bila mana sudah tiada lagi aktiviti luar berlangsung dengan bicara. Kalau ada pun bila keluar bersama hanya membisu, sekadar lepak dan sibuk dengan gajet masing-masing. Terkadang akan terdengarlah gelak ketawa hanya kerana terbaca atau melihat sesuatu yang lucu.



Bahkan, tidak hanya facebook malah aplikasi lain juga memainkan peranannya tersendiri. Diakui penyebaran maklumat begitu pantas dan berkesan dengan kemudahan internet. Tetapi harus diingat, kehidupan di dunia realtiti yakni hubungan silaturahim perlu juga dijaga. Tidak akan ada telefon yang dapat membacakan tazkirah, tidak ada callering tone yang mampu membacakan talkin untuk anda. Bahkan tidak ada aplikasi yang dapat membantu kerja-kerja gotong royong. Mereka hanya alat semata-mata. Yang melakukan kerja-kerja adalah manusia. Maka, menjaga hati itu penting.

Kecanggihan teknologi memang tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi sebagai medium menghubungkan kita dengan orang lain di seluruh dunia. Tetapi jika terlalu leka, jiran terkedu atau tersedak sebelah rumah pun kita tak tahu. Pencuri masuk rumah pun kita tidak tahu, bahkan masa lepak ramai-ramai pun kita tidak sedar bila kawan kita yang seorang itu sudah pulang. Betapa tumpuan kita hanya pada perkara tersebut. Apabila perkara ini sudah terjadi maka sukar untuk disekat.

Apa yang penting adalah sejauh mana kita memanfaatkan sesuatu itu. Jika kita pandai menguruskan semua itu, maka tidak menjadi masalah. Selaras dengan perkembangan kini, saya sendiri pun menggunakan teknologi ini tetapi ada juga terfikir, Adakah suatu masa nanti manusia tidak perlu lagi mengeluarkan suara untuk berhubung? Mungkinkah nanti otak hanya menghadam apa yang dibaca pada tulisan yang tertera pada dahi? Oh! Dunia komunikasi berubah juga... hehehe...

-Sekadar coretan-

1 Comments

  1. Asalamualaikum...
    perkongsian yang baik dan sungguh bermakna..
    jemputlah ke blog saya..terima kasih..hihi
    http://syeraselamber.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post