Isu pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang sekitar jam 5 pagi semalam belum diketahui sehahihannya namun terdapat segelintir blogger yang tidak sengaja atau tidak bertanggungjawab mengambil peluang dan ruang mengemaskini blog dengan cerita-cerita yang pelik beserta dengan tajuknya yang seolah-olah mahu menarik perhatian. Ya! Tajuk memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca tetapi tahukah anda, perbuatan anda sedemikian adalah tidak berprotokol sebagai penulis blog yang beretika? Penulisan yang beretika mestilah merujuk pada fakta dan bukannya auta semata-mata.


Dengan mereka-reka cerita dan menokok tambah agar lebih perisa dari nyata maka populariti blog akan meningkat serta pelawat akan berpusu-pusu menjengah ke blog anda semata-mata untuk mengetahui perkembangan terkini. Malangnya sesudah dilawat ia nyata hampa. (Kenapa cerita lain yang diputarbelitkan?) Di sinilah munculkan tanggapan anda blogger annoying. Haa... jangan salahkan pembaca kalau kita mendapat kritikan.

Janganlah kerana mahu mendapat traffic maka judul artikel anda perlu menipu pembaca. Ia seolah-olah memperbodohkan orang lain dan tidak menjaga hati banyak pihak yang terluka. Sedarkah anda bahawa perbuatan sedemikian mengundang kebencian dan amarah orang terhadap isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang? Seharusnya kita mestilah bersikap ambil peduli kerana ia melibatkan soal sejagat.

Jika ia melibatkan anda sendiri, hidup dan mati anda uruskan sendiri, bermakna wajar anda bertindak 'kurang cerdik' sampai mati. Oleh itu harus berwaspada disetiap posting anda kerana ia mencerminkan keperibadian anda sendiri. Teguran ini bukan untuk membenci tetapi kerana sayang. Berblogging tidak salah tetapi fitnah itu padah. Harap setiap penulis blog sekalian lebih sensitif terhadap isu-isu tersebut. Jangan marah ya... Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post