In Sha Allah karya komedi misteri ini dalam proses untuk disiapkan. Idea ini tercetus sebaik sahaja saya pulang dari menyambung SSM di Seberang Pintasan pada 24hb Febuari 2014 lalu. Ketika melalui jalan pantai sura, hat terjentik mahu melihat sesuatu yang pelik. Kemudian itu saya terpandang restoran berkenaan. Timbul rasa ingin tahu sebaik sahaja minda saya memproses kelibat seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 12 tahun yang kemudiannya berlari masuk ke dalam restoran kapal yang terbiar itu sepintas lalu.

Gara-gara itu terjentik di hati saya untuk berhenti di situ dengan motosikal yang saya naiki. Saya mengambil foto restoran berkenaan. Sebenarnya tiada apa-apa misteri mengenai kawasan itu kerana ia seperti biasa sahaja. Tetapi disebalik apa yang saya lihat, ada cerita yang ingin saya sampaikan. Saya hanya mengambil lokasi sebagai latar belakang penceritaannya sahaja. Ia tiada kena mengena langsung.

Mini Novel : Misteri Restoran Kapal Tepi Pantai

Menceritakan sebuah kisah tiga sahabat yang ingin kaya. Salah seorang daripada mereka terlebih dahulu merancang untuk menurunkan nombor ekor berpandukan isyarat yang diberikan oleh seorang bomoh. Hamzah seorang lelaki yang kecewa dengan kehidupannya selalu mencari jalan untuk hidup senang. Amin pula mahu mengubah hidupnya tetapi nasib selalu tidak menyebelahinya tatkala isterinya iaitu Shakila tidak dapat melahirkan anak manakala seorang lagi iaitu Syed seorang yang obses dengan basikal turut terjebak. Kehilangan Syed pada malam itu amat merisaukan hati Sue Zan dan Afiq.

Impian mereka mengundang malang setelah terperangkap ke satu dimensi dunia iblis dan berusaha mencari jalan keluar. Pengembaraan di tempat yang sama bermula sehingga mereka bertemu pula dengan tiga makhluk ALLAH. Dapatkah Hamzah, Amin dan Syed keluar dari kapal itu dengan selamat atau mereka sebenarnya telah mati tanpa dilihat?

Bersama-sama merasai debarannya dalam mini novel ini yang bakal menumui anda tidak lama lagi. In Sha Allah...

Post a Comment

Previous Post Next Post