Di zaman serba moden di samping kekangan waktu serta wang ringgit menjadi punca banyak kes jenayah berlaku. Sehingga ke hari ini peningkatan kadar jenayah begitu membimbangkan. Bukan sahaja kes mencuri atau merompak malah kes ragut dan bunuh begitu serius melanda negara ini.

Tindakan kerajaan hanya mengambil langkah pencenggahan secara sivil dan bukannya membendung jenayah ini dari terus berlaku. Hari demi hari ada sahaja kita dengar kes kecurian, pecah rumah dan sebagainya di dalam media cetak dan elekronik.

Memanglah kalau kita bercakap tentang takdir, "Ini sudah ketentuan," maka apa yang kita tunggu lagi? Ayuh mati beramai-ramai agar kehidupan di akhirat berjalan dengan lancar. Sila tinggalkan urusan dan tanggungjawab serta amanah ALLAH di atas muka bumi ini. Apakah tiada perhintungannya nanti?

Barangkali kesedaran tidak ada dalam diri bahkan fikiran disuntik virus keji hanya nampak jalan hitam yang kononnya menuju ke alam mewah. Kebanyakkan penjenayah yang wujud di tanah air terdiri daripada mereka yang ada pelajaran tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, tidak kurang hebatnya juga di kalangan mereka yang jahil namun apakah peranan pemimpin untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin?

Kalau begitu, biarkan sahaja rakyat yang uruskan kehidupan tanpa ditebuk hidung lalu ditarik mengikut suka. Sakitnya bukan kepalang. Ya, kerajaan mungkin tidak bersalah 100% dalam soal pekerjaan tetapi rakyat dan pemikiran rakyat jugalah yang dikatakan bersalah kerana membiarkan diri mereka digula-gulakan semenjak sebelum merdeka lagi. Pemikiran ini menjadikan mereka sering ditindas bahkan hanyut tanpa pedoman dan hanya perjuangan yang dipalsukan dengan helah semata-mata diangkat martabatnya.

Hari ini dunia diperolokan dengan kedamaian dan kemakmuran serta utuhnya ekononi disandarkan pada auta tanpa fakta yang sebenar agar diwar-warkan kepada rakyat. Apakah ini transformasi yang dibangkitkan?

Ini pemikiran penulis bukan untuk suatu penentangan tetapi ini suatu kebenaran yang mesti dipertahankan. Mana perginya nila bangsa kita sehingga anak watan di negara ini diulit sifat malas, sifat yang tidak patut wujud sekian lama dan seharusnya ia dibendung? Sekiranya pemimpin kencing berdiri, apakah rakyat lebih baik dari itu? Ramai yang ambil peluang untuk kencing sambil berlari. Penulis juga rakyat marhean yang mahukan kesejateraan. Apakah kemudahan yang ada ini sudah cukup sejahtera dan mahu terus bersyukur tanpa nikmat sebenarnya? Mana adilnya untuk rakyat yang menderita dan sengsara?

Jawablah wahai bangsa... bukannya diam bermakna dungu tetapi diam mendalami ilmu untuk berfikir dengan matang. Jika tidak terlihat yang benar maka hati itu telah diulit hitam. Usah biarkan rapuhnya kesedaran dalam diri menutup setiap salur darah yang mengalir ke otak dan terus menutup minda untuk berfikir berpandukan tragedi dan realiti. Renungkan dah bermuhasabah diri, In Sha Allah... DIA bersama dengan orang-orang yang beriman dan bersabar.

Ingatkan kekayaan hari ini milik mereka yang merasakan bijak dan pandai tanpa mereka sedar bahawa semua ini hanyalah pinjaman dari ALLAH yang akan dikembalikan padangan nanti. Tidak ditanya ALLAH berapa banyakkah harta yang kamu miliki di atas muka bumi tetapi ditanya ke manakah dibelanja segala harta-harta mu itu?

P/s : Bila dilakukan perkerjaan maka lakukanlah perkerjaan yang halal dan sertakan niat yang baik kerana ALLAH Azza wa jalla. In Sha Allah akan diberkati-Nya. Apa yang penting diusahakan dengan cara yang terbaik, rezeki milik ALLAH... kalau kita seorang yang memilih pekerjaan sedangkan pekerjaan itu baik untuk kita, ternyata ruang dan peluang itu sangat terhad dan tidak akan berulang. ALLAH menghantar pertolongan-Nya melalui pelbagai cara. Dengan bermuhasabah diri, In Sha Allah kita dapat merasainya.

Post a Comment

Previous Post Next Post