Utama » » Buatmu 'Mok Yam'

Buatmu 'Mok Yam'

Posted by Rashid Salim

Waktu kecil-kecil dahulu di kedai itulah tempat daku membeli gula-gula ketika pulang dari sekolah. Di situlah orang tua itu tersenyum manis melihat anak-anak kecil bersuka ria memilih pelbagai gula-gula di kedainya.

Setiap pagi, aku akan singggah ke situ membeli gula-gula getah untuk dikunyah sepanjang perjalanan ke sekolah. Hanya berjalan kaki sahaja. Pesan wanita tua itu, "Belajar rajin-rajin." Pesanan itu diberikan pada setiap anak-anak yang berkunjung.


Boleh dikatakan kedai itu sangat popular suatu ketika dahulu. Hidup aku dan makanan ringan memang tak dapat dipisahkan. Terkadang, hidup menjadi sunyi sekiranya tidak mendengar leteran orang tua itu. Cuma setelah aku telah besar, kedai itu jarang aku kunjungi. Bukan kerana tidak suka tetapi barang yang dicari tiada dan juga tidak lagi up to date. Aku faham, usia wanita itu kian meningkat sehinggalah setiap malam-malamnya begitu kesunyian tanpa suara si suami yang telah lama kembali ke Rahmatullah. Hidupnya diulit rindu biarpun hari demi hari dia membilang usia yang berbaki entah berapa lama lagi namun 'arwah' tetap berniaga seperti biasa meskipun keadaan kedainya begitu keuzuran.

Bayangkanlah hidup tanpa semangat menjadikan seseorang itu bagaikan rapuh meniti waktu. Kasihan daku melihat hari-harinya yang sepi. Warga emas itu dihadirkan dengan pelbagai ujian. Dia tetap gagah melangkah walaupun tanpa insan tercinta di sisi.

Tanpa diduga, muncul hati-hati syaitan telah melakukan perbuatan yang sangat kejam. Meruntum hati ini mendengar khabar berita itu. Warga emas yang dikenali dengan nama 'Mok Yam' telah dibunuh setelah dirompak. Kebinatangan apakah ini si pelaku itu sehingga tergamak mengikat kaki dan tangan 'Mok Yam' lalu dijerut leher dengan kain langsir? 

Sungguh kes ini mengemparkan penduduk Kampung Sura Hujung, Dungun termasuk aku yang mendapat berita tersebut dari seorang rakan. Mengenangkan hal yang menjadi sejarah buruk penduduk kampung ini, dapat aku simpulkan bahawa aspek keselamatan begitu rapuh. Kecaknaan juga kian runtuh dengan kemasukan banyak warga asing ke tempat ini. Tambah lagi, mereka turut bertindak berani. Tidak dapat dinafikan bahawa mangsa begitu remeh dalam hal menyimpan wang sehingga diambil kesempatan sedemikian rupa, tapi kenapa perlu dibunuh? Apalah kudrat yang bersisa bagi wanita itu untuk melawan? Tegarnya ia dibunuh. Kenapa?

Sungguh aku mengeji sifat 'syaitan' itu. Mohon pihak berkuasa menjatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang dilakukannya. Tidak dapat aku meneruskan artikel ini kerana tidak dapat aku bayangkan penderitaan yang dialami warga emas itu ketika berhadapan dengan 'pembunuh' itu. Ia terlalu perit.

Kepada roh Allahyarhamah Mok Yam semoga dicucuri rahmat dan kepergiaan mu itu akan ditebus dengan terberkasnya pelaku yang JAHAT itu.


5 comments:

  1. Semoga pembunuhnya mendapat hukuman setimpal..

    ReplyDelete
  2. Innalillah...kedai Mok Ngoh Yang ni jugok kenangan buat kami....masa kecik2 dulu, hari2 dok penoh miss ke kedai arwah beli jajan...bila masing2 dah dewasa, dah berhijrah, balik kg sekali sekala..lupa nak menjengok arwah...al fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tahun saya duduk sura hujung ,dari tahun 2003-2008..tapi tak kenal mana 1 arwah beliau (mok yam)dan tak pasti mana 1 lokasi kedainya..dungun dulu aman damai...al fatihah untuk arwah..

      Delete
  3. Ya Allah...dkat je dngan rumah aku...mase kcik2,,sokmo gi situ....baru 2 bulan lpas,,duk sembang2 ngn arwah,,sambil tu mntak buah pauh sket dgn arwah...huhuu...hmmm...smoga roh arwah dicucuri rahmat,,dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman...bgitu juga utk arwah suaminya..Aamiin...:')

    ReplyDelete
  4. Innalillah..
    Arap incident ni ta brulang lg..

    ReplyDelete