Kini mula timbul pelbagai spekulasi tentang pembunuhan 'Mok Ngoh Yam' di Kampung Sura Hujung, Dungun, kelmarin. (10/09/2014)

Menurut salah seorang penduduk (Dirahsiakan namanya) , katanya pada malam kejadian, terdapat sekumpulan remaja lelaki yang dikatakan mundar mandir di kawasan berkenaan dengan motosikal.

Menurut saksi juga, ketika waktu pagi seawal pagi, terdengar bunyi riuh rendah di dalam kedai berkenaan tetapi beliau tidak mencurigai apa-apa dan hanya membiarkan sahaja hal itu berlalu.

Kedai 'Mok Ngoh Yam' sudah acap kali menjadi sasaran kecurian memandangkan keadaan kedainya yang tidak dijaga rapi. Ditambah lagi ianya tidak diurus dengan baik. Hal itu dikatakan menjadi punca orang-orang (Orang terdekat / Orang yang dikenali) melakukan tindakan sedemikian.

Terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa perompak dan pembunuh itu adalah penagih dadah. Besar kemungkinan ianya dilakukan oleh mereka yang terdesak dan berkeinginan membeli 'najis dadah' sehinggakan menjadi orang tua berkenaan sebagai mangsa.

Oleh kerana wajah mereka dikenali maka tindakan yang tidak berkeperimanusian diambil dengan membunuh si mangsa kerana dikhuatiri identiti mereka terbongkar.

BONGKAR SPEKULASI!


Post a Comment

Previous Post Next Post