Utama » » Ada Nie Haaaa...

Ada Nie Haaaa...

Posted by Rashid Salim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekian lama mendiamkan diri sekarang kembali di ruang blog. Saya mengambil waktu untuk berehat dan meringankan kepala otak ni dengan membebaskan ingatan pada buku. Ecewah! Saya ada di sini tapi sibuk sikit dengan urusan harian.

Lama saya tak menulis dan menemani korang. Bukan apa, saya tak tahu mana satu nak buat dulu lalu akhirnya saya memikirkan keluarga lebih utama tanpa mengabaikan korang juga. Hihi ^_^

Oh! Cakap-cakap ni buku saya sebelum ni dah siap ke? kan? Ada yang bertanya kepada saya karya tulisan saya ke mana perginya? Saya masih simpan dan belum sedia untuk diterbitkan. Saya pun masih baru dalam bidang ni dan banyak yang saya perlu belajar. Lagipun bukan senang saya nak puaskan hati semua orang dan takkan mudah dan tak mampu puaskan hati semua orang. Maknanya mustahil... kan?

Jadi, dengan sokongan yang diberikan korang maka saya cuba kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan Eh Eh Eh! tak apa, pelahan-lahan dulu. Bak kata pepatah, "Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya." tak gitu? Ruyung ke Buyung? Apa-apa ajelah. Hiks! Ke.... "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit?" Atau... "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, kita kenal-kenal lah dulu, jatuh cinta kemudian..." Eh????????

Terima kasih buat semua ya... jumpa lagi nanti ^_____^