"Abang, jom bekam." Tersentak saya bila Ayie pelawa saya pergi berbekam. Saya masa tu bingung sendiri tiba-tiba ajak. Mahu tak bingung, kita tengah relaks bawah pokok, dia sergah macam tu. Baling buku ni kan baru tau. Masa tu tengah baca buku, Jangan Tidak-Tidak. ^_^

"Hah?" Itulah reaksi saya bila diajak pertama kali untuk merasai sesi rawatan bekam. Memang banyak sangat saya tengok iklan promosi bekam di media sosial. Begitu banyak, ya memang ramai sangat sampai saya tanya Ayie, "Bekam yang mana satu?"

"Ada satu tempat ni, terbaik!" Respon yang diberikan Ayie begitu mengujakan tetapi bagi saya gerunlah bekam tu yang macam mana? Saya ni pulak sudahlah ngeri tengok darah yang mengalir, maksudnya macam rasa takutlah. 'Eleh!!! Penakut, baik tak payah jadi lelaki,' kata-kata dalam kepala pula mengherdik diri.

Sebenarnya saya tak pernah berbekam dan saya tak tahu bagaimana rasanya. Sekadar lihat gambar orang promote tu adalah. Apa yang saya tahu lagi, berbekam itu adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. jadi kenapa saya tak cuba? Sudah namanya sunnah amat digalakkan cuma saya khuatir sangat sebab ramai sangat yang menggunakan kaedah ini untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengira mutu perkhidmatannya baik atau pun tidak. Saya turut bimbang cara dan hasilnya pula tak seberapa. Itu tanggapan negatif yang cuba saya usir. Seharusnya saya tak boleh bersikap sedemikian kerana yang rugi adalah saya. Jadi saya mesti jadi orang yang berbeza.

Ayie pun bawa saya jumpa pak cik sorang ni dan dia tanya saya pernah bekam ke tak, saya menggeleng memang tak pernah sampai diusia saya sekarang ni. Lalu Ayie pun angkat ibu jari, dia nak beritahu best la tu berbekam maksudnya.

"Arghhh!!!" Saya menjerit sedikit bila kena urut. Haha, tak pernah kena urut sambil berbaring macam tu. geli wei! Apa nak buat memang itu sesi rawatannya sebelum berbekam. Selepas tu, Ayie beritahu saya dan apa yang dia cakap tu buat saya cuak.

"Sini pakai pisau." Ujar Ayie dengan wajah serius.

"Hah?" Terbeliak bola mata saya. Pakai pisau? Tikam ke apa ke? Bukan ke orang pakai jarum nak cucuk kuar darah? Saya tertanya-tanya sendiri.

"Kita pakai pisau toreh sikit supaya darah mudah nak keluar. Kalau pakai jarum darah yang keluar cuma sikit sahaja." Beritahu pak cik tu. Tidak!!! Tapi saya kena pasrah sebab itu adalah cara yang terbaik diusahakannya. Dan itulah kali pertama saya berbekam dan darah kotor yang keluar sangat banyak membuatkan saya jadi terawang-awangan. Keesokkannya badan jadi ringan. Wah! Jadi memang betul sungguh berbekam boleh buat kita rasa segar. Itulah cerita selepas 4 bulan lepas dan ini pula berbekam untuk kali kedua selepas 4 bulan itu.

Tengoklah hasilnya selepas saya berbekam kali pertama tu saya dah tak alergik makan seafood. Pelik tapi benar. Biasanya kalau saya makan udang atau sotong, kulit saya akan keluar bintik-bintik merah. Alhamdulillah fikiran telah positifkan saya.

Tadi (17.10.2016) saya berbekam lagi untuk kali kedua. Alhamdulillah segala rasa lenguh saya lenyap. Pak cik tu cakap, darah saya yang keluar banyak kolestrol, dia tunjuk pada Ayie keadaan darah saya tu. Ayie yang snap pic bagi pihak saya. Huhu. Darah oh darah. Masa toreh tu sakit sikit, sikitlah macam kena gigit semut. Lagipun tempat yang ditoreh tu dibius dulu. Kalau tidak, mahu tak menggelepur saya. Hish!

Ala... dia cuma toreh pakai benda ni aje.
Bukan pisau poteng daging tu... buat apa nak takut, hish!

Urutan badan sebelum berbekam amat memuaskan
itu bagi saya yang tak biasa kena urut la

Selepas berbekam, pergh!
Ringan badan seolah-olah saya dilahirkan semula.
Gitu...

Begitulah pengalaman saya yang baru tahu merasainya. Kita hanya tahu sekadar ia sunnah tetapi tak pernah pun merasainya. Apa salahnya kita cuba dan relakskan badan berikan saluran darah kita peluang menikmati indahnya toresan berbekam. Eh? Ya bagi saya ia memang pengalaman yang menarik. Ada orang takut, tapi saya sebenarnya tak takut cuma kurang berani aje. Hiks! Masa saya nak berbekam tu, Ayie call nombor ni la 0199704256 dan ownernya tinggal di Dungun, Terengganu.

Terima kasih kerana sudi membantu kami yang memerlukan rawatan seperti ini. Semoga pak cik sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya. Begitu juga dengan rakan-rakan pembaca dan saya. Aamiin...

Post a Comment

Previous Post Next Post