Utama » » Awak Yakin Ke Permainan Yang Saya Buat Nie Adalah Haram?

Awak Yakin Ke Permainan Yang Saya Buat Nie Adalah Haram?

Posted by Rashid Salim

Saya tak nak ulas panjang-panjang isu halal dan haram ni sebab orang yang bertanya pada saya itu sedang merokok. Apa? Merokok? Ha`ah merokok. Dia tanya saya, "Permainan kau buat ni adalah judi!" Amboi brother kita ni marah benor ya selepas tak dapat tumbangkan sepuluh botol. Jangan macam tu bang, permainan yang saya bawa masuk dalam Dungun ni semata-mata nak beri anak-anak remaja, adik-adik, abang abang, mak cik dan pak cik sekalian merasai kelainan dari melakukan aktiviti yang bukan-bukan.

Ala bang bukan mahal pun bayar RM2 aje pun lepas tu dah boleh main tembak-tembak ni siap kami bagi hadiah lagi. Kalah atau menang semua dapat tak ada mana-mana yang rugi pun. "Hoi, nak main game gitu duk fun fair la." Brother sorang ni sound adik saya. Kelakar juga la sebab masa tu saya nak cari tapak menembak di pasar malam. Tapi kehadiran kami dihalang dengan pelbagai alasan-alasan aneh.

bahagia terasa melihat senyuman mereka
Bukan senang nak buka minda 'orang kita' di Dungun terhadap sesuatu yang lain tatkala pemikiran telah dimomokkan dengan hukum yang dia sendiri pun tak pasti. Awak janganlah fikir permainan yang kami bawa ni menggalakan unsur perjudian, kami tak buat kerja macam tu pun, yang kami buat adalah memberikan kegembiraan pada anda dan anak-anak anda dan keluarga anda. Anda membayar untuk hiburan dan kami mendapat untuk maintanance dan belanja hidup kami.

Eh?!!! Kata tak nak ulas panjang-panjang? Saya nak beri penjelasan biar faham. Tak semua orang faham tak apalah asalkan ada yang faham sudahlah. Walau bagaimanapun, kami gembira kerana sambutan yang diberikan amat menggalakan, yang tak suka cuma segelintir saja bukannya semua. Jadi takkanlah saya nak kena hiraukan yang segelintir tu tapi yang kebanyakkan itu pula tak dapat merasai pengalamannya. Kan? Tak gitu?


Dari sini kami belajar membezakan hal yang negatif dan positif membuatkan kami belajar untuk kuat di dalam dunia perniagaan. Di Dungun sukar untuk mencari kelainan dan bila ada kelainan sahaja maka akan menjadi sasaran pemikiran jumud mereka yang sebenarnya tak faham.

Mungkin ada yang tak faham Permainan apa yang kami buat? Sebenarnya kami buat aktiviti menembak botol kasi jatuh. Yang tak berjaya jatuhkan pun dapat hadiah. Yang dapat jatuhkan semua dapat pilihan hadiah dari cabutan bertuah. Itu sahaja. Bayaran RM2 untuk kos peluru kami dan juga hadiah. Peluru yang kami gunakan tak boleh recycle balik pak cik makcik, adik akak, abang sekalian. Semua tu nak kena beli...


Syukur Alhamdulillah kerana kami kini sering mendapat undangan untuk sertai majlis-majlis tertentu bagi memeriahkan suasana. Sedikit demi sedikit masyarakat mula menerimanya. Yang tak nak terima itu bukan masalahnya. Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat jamin semua orang akan suka kita, kan? Jadi kita fokus pada yang suka sahaja. Rakan-rakan pembaca di Dungun yang ada kesangsian boleh contact sahaja kami ya ^_^ 019-941 4233 atau 019-793 8553

Fanpage FB : Assifu Archery
Personal Page : Rashid Salim


2 comments:

  1. bakpe nembok lame dok buke kat taman poket?

    ReplyDelete