Hidup bersendirian mengundang kesunyian tetapi adakalanya sunyi itu indah dan tidak terlalu menyakitkan namun jika ia berterusan, barangkali kita boleh jadi gila sebabnya kita tak tahu bagaimana untuk berkongsi. Setiap dari kita memerlukan teman yang bergelar kawan. Saya juga berkawan tetapi dalam menjalinkan hubungan persahabatan juga memerlukan pengamatan tentang hati ke hati. Susah berkawan kalau tak mampu menjaga hati atau hati kita pulak sering dilukai.

Amboi, cakap pasal 'patah hati' pulak kan tengah hari panas macam ni. Saya ambil waktu menulis tatkala saya sendiri bukan mengasingkan diri dari teman-teman tetapi membina jaringan dalam dunia sosial untuk saya eratkan di dunia realiti apabila bertemu. Orang suka atau pun tidak pada kita itu tidak langsung penting sebabnya kebanyakkan orang gemar menilai dari luar tetapi tidak dari dalam hati kita sendiri. Oleh itu, biar tindakan membicara bagaimana kita.

Bergambar kenangan di Marrybrown Paka, Dungun.
Saya ni pemalu orangnya kalau pertama kali bertemu.
Bila dah serasi, ehem ehem mulut tak reti diam. Hehehe
Berkawan di dalam media sosial ni sebenarnya ada baik dan buruknya. Kita sendiri yang memilihnya. Ada kawan yang boleh diajak berbincang dan berkongsi pendapat serta idea dan ada juga dijadikan kawan sekadar melepaskan 'batok di tangga' atau lebih tepat lagi sekadar tempat bergelak ketawa. Semua itu terserah pada induvidu. Bagi saya, saya berkawan adalah demi sebuah kepentingan iaitu ukhuwah. Bukan masa senang kita tinggalkan tetapi bila susah baru kita nak cari kawan. Masa tu kita nak salahkan si kawan bila si kawan tu tak dapat tolong. 

Tiba-tiba hujan tak ribut tak terus minta tolong, hal yang paling gerun bila bertanya khabar pun tak pernah tetapi muncul dengan sendirinya. Haa, memang cari masalah la tu. Sebab tu nak berkawan ni kena hati-hati kerana ia melibatkan silaturrahim.

“Tidak masuk syurga orang yang memutus keluarga (silaturrahim).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jikalau kita tak suka sekalipun jangan sesekali menganiayanya jangan sesekali membuka aibnya. Nak berkawan pun ada adab-adabnya tahu. Bukan main redah sahaja. Kawan yang baik adalah kawan yang ikhlas dan menjaga aib kita. Kalau semata-mata nak ambil kesempatan, itu bukan kawan namanya, itu penyangak. Duri dalam daging. Apa-apa pun ikhlaskanlah hati dalam persahabatan, Insya-Allah akan dilindungi-Nya.

Post a Comment

Previous Post Next Post