Kita jumpa lagi di sini, saya nak cerita tentang usaha. Saya suka dengan cara seorang akak ni bila dia tak pernah putus asa dalam mencari ruang dan peluang. Pernah suatu petang tu saya dengan family bertandang ke rumah adik angkat saya di Balai Besar. Saya suka dengan suasana halaman rumahnya yang bersih dan santai. Selain itu pokok yang ditanamnya renek-renek semuanya termasuklah pohon ciku dan mangga.

Jika sesiapa yang melalui jalan di Balai Polis Dungun menghala ke Balai Besar di simpang empat itulah keberadaan rumahnya. Kalau ada orang tanya saya ada dekat mana, ada yang sedia tahu, "Oh kat rumah pokok renek tu ke?" atau "Rumah simpang empat tu ke yang laman comey tu?" Bermacam-macam respon yang diterima.

Kalau sesiapa tahu, di situlah tapak awal memanah Encik Nasri kita sorang ni. Di situ juga bermulanya legasi Assifu Archery yang kini giat menjalankan kem memanah di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Baiklah kita sambung pasal citer akak tu, namanya Kak Mas. Dia ni saya kenal sejak kecil lagi tetapi daya dan usaha dan kreativinya tak pernah henti. Maksud saya dia akan sentiasa mencari idea-idea baru dalam membantu keluarganya. Membantu suaminya serta dalam hal anak-anak untuk membesarkannya.

Pada petang tu juga saya dihubunginya bertanya saya di mana, saya cakaplah saya ada di rumah Ayie. Terkejut saya bila dia kata nak jumpa sebab ada hal 'penting'. Apalah yang penting sangat sampai nak jumpa tu tergesa-gesa, kan? Dia pun muncul bersama sebuah kotak lalu dihulurkan kepada saya?

"Apa ni?"

"For you." Saya pun terkejut. 

"Untuk saya ke?" Soal saya lalu dia pun mengangguk, memang untuk saya. Ingin jumpa saya semata-mata nak bagi kejutan Saya terima dengan hati yang terbuka. Sebenarnya saya terharu dengan 'rezeki' ini. Ternyata rezeki yang diberikan pada diri kita adalah untuk dikongsikan bersama, barulah hidup terasa bahagia. Alhamdulillah, terima kasih kak. Semoga akak dimurahkan rezeki dan sihat selalu untuk berbakti pada warga Dungun yang ingin menikmati rasa piza akak.

Inilah 'benda tu' yang saya maksudkan. Pizza yang sedap!

Tak sangka saya dia tetap berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan namun semangatnya tetap gagah sebagai seorang perempuan bergelar isteri dan ibu. Beliau pergi ambil kursus membuatnya dan dia belajar memperbaiki mutu dan rasanya dan akhirnya saya menerima satu piza yang sungguh enak rasanya. Ternyata dia tekun. Itulah semangat yang saya cuba contohi sekarang. 

Sekurang-kurangnya saya ingin belajar. Saya tahu tak mudah tetapi usaha tangga kejayaan. Saya tak kata saya pun nak belajar buat piza ya. Saya nak belajar cara nak terus berusaha tanpa berputus asa. Itu aje.

Daerah Dungun kita dah tenat dengan kesamaan, kita inginkan kelainan dan perbezaan untuk membawa kita ke arah perubahan yang positif dan meninggalkan hal-hal yang negatif yang suka menjatuhkan. Kalau boleh kita nak usir perasaan hasad dengki dan cungkil jiwa yang besar serta berani. Usahasama yang utuh menjamin keakraban. Barulah kita semua beruntung.

Kepada sahabat yang berada di area Dungun ni nak rasa bagaimana rasa pizanya yang lazat bagi pendapat saya, boleh mencuba tanpa segan silu. Kalau ada sebarang komentar terus sahaja salurkan pada Kak Mas di lama Facebook peribadinya. Ia akan lebih menerima penambahbaikkan.

Gambar kenangan Kak Mas memanah di Assifu Archery
Facebook : Kak Mas

Post a Comment

Previous Post Next Post