Saya kaku sebenarnya bila dah lama tak menulis di blog ini. Waktu terhad sekarang maklumlah komitmen pada hal lain. Saya tak bermaksud menghindar dari semua ini tetapi perlukan masa. Saya berharap orang yang baca ni sejahtera selalu, mudah-mudahan hidupnya diberkati, Aamiin.

Saya terlalu banyak blog nak urus jadi pening pulak saya tinggalkan yang satu ni. Alangkah indahnya kalau kita menumpukan pada yang satu tanpa hati pun berbelah bahagi, kan? Bila kita jarang menulis atau membaca maka kita tak dapat nak asah penulisan kita ni jadi macam apa. Tak tahulah sekarang ni ayat saya ni tunggang langgang atau pun tak. Apa yang muncul saya belasah aje.

See... dah tak tahu nak tulis apa, inilah dinamakan writer block. Hehe. Tak apa kita teruskan belasah untuk menceritakan apa yang berlaku pada hari ini. Sejujurnya saya dah lama tak menulis khususnya novel. Entahlah tak tahu nak cakap macam mana, pendek kata sekarang ni saya fokus pada perniagaan yang sedang diperluaskan empayarnya terutama di Daerah Dungun ni.

Apa? Tak tahu Dungun tu dekat mana? Sila Google. hiks!

Saya buat bisnes memanah bersama adik saya. Sepanjang penglibatan saya dalam sukan ini saya merasakan sesuatu yang tenang dan aman. Saya tidak rasa terkongkong dek masa dan ruang. Dalam kehidupan ini sebenarnya terlalu indah. Tidak perlu kita seringkali berduka mengenangkan hal yang berlalu. Masa lalu kekal masa lalu dan masa sekarang mesti diteruskan hingga ke akhirnya.

Wah! Bercerita bagaikan seorang jurnalis. Hehe, tak salah kita sama-sama berkongsi, guru yang terbaik adalah pengalaman. Kita belajar sesuatu dari pengalaman. Kalau kita tak ambil iktibar di atas apa yang berlaku atau apa yang kita lalu, seolah-olah kita langsung tak menghargai 'hikmah' yang muncul. Gitu.



Pengalaman hari ini adalah kem aktiviti memanah di SK. Kampung Baru Kuala Abang. Apa yang bestnya tentang aktiviti ini adalah para murid begitu suka untuk memanah. Mereka sangat teruja dan saya tumpang berbangga dengan pengurusan sekolah tersebut yang melayani kami sebaik mungkin. Ucapan tahniah buat warganya.

Di sinilah lahirnya silaturahim antara kita apabila sesama kita saling hormat menghormati dan tidak memandang rendah pada seseorang kerana kebolehan dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH Azza Wa Jalla kepada seseorang adalah sesuatu yang perlu kita syukuri dan hargai. Berbagilah rezeki di muka bumi ini kerana ia datang dari Sang Pencipta bukan dari manusia.

Inilah dia wajah-wajah sang pendidik yang begitu memberikan kerjasama kepada saya dan rakan-rakan di Assifu Archery. (Barangkali dah kena buat blog khusus ni)

Taklimat ringkas diberikan oleh adik saya, Encik Mohd Nasri tentang cara-cara memanah

Di lapang sasar sekolah berkenaan kita jalankan aktiviti tersebut. Amat menyeronokkan! 

Jadi saya akan terus berjuang untuk menghidupkan sukan sunnah ini di Daerah Dungun bersama adik saya serta beberapa rakan yang turut mempunyai minat yang sama. Saya berehat dahulu untuk penulisan novel ya bukan berhenti terus. Dengan cara ini saya dapat menimba pengalaman, Insya-Allah. Manalah tahu suatu hari nanti saya dapat menulis tentang perjalanan seorang Archer pulak supaya dapat memupuk minat dikalangan anak-anak untuk belajar memanah. Aamiin...

Biar rasa lelah tapi bukan mengalah, ya saya memang saban waktu berasa lelah tetapi itu adalah lumrah cuma jangan mengalah mengharungi pancaroba kehidupan yang sememangnya mencabar. Saya berharap kita tidak berhenti di sini. Sampai jumpa lagi ^_^

3 Comments

  1. Assalamualaikum...macam mana ye saya nak hubungi pihak encik berkaitan aktiviti memanah ni...boleh berikan no telefon utk dihubungi...cg Noraida, SMK Kompleks Rantau Abang, Dungun...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa`alaikumussalam. Hubungi nombor 019-9414 233 Encik Nasri :)

      Delete
  2. Wa`alaikumussalam. Hubungi nombor 019-9414 233 Encik Nasri :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post