Lamanya tak godek-godek blog. Tiba-tiba timbul nak adjust itu dan ini. Tak pasal blog pun dah berubah penampilan. Ada aje nak tambah widget itu dan ini tapi hakikatnya baik tak payah menyemak blog dengan benda-benda yang tak bermanfaat. Biar lebih responsive gitu. Sebelum ini banyak refer pada blog Godek Blog, MariBinaBlog dll. Tapi malam nis ebab nak ubah selera, terjumpa satu blog ni pulak, Contoh Blog. Walaupun lambakan toturial apa bila kita search engine Google, tapi saya lebih suka refer pada satu-satu blog sahaja.

Entah kenapa blog dari Indonesia juga menjadi pilihan sebab ia mudah untuk saya pelajari selok belok bagaimana untuk mengubahnya. Saya tak bermaksud mengatakan tutorial blogger dari Malayia tak bagus cuma SEO mereka lebih mantap di Google Search Engine. Ini menandakan di kalangan mereka lebih mengambil cakna tentang hal-hal seperti ini. Mungkinkah kita masih jauh ketinggalan di belakang mengenai dunia informasi seperti itu?

Tak apalah, malas nak ulas panjang sebab blog pun rasa ringan sikit timbang kilo. Jadi, para pengujung tak ada masalah lagi dengan loading page terlalu lama. Syukur Alhamdulillah kerana saya berkesempatan ubahsuai sikit. Ala bukan susah sangat, upload sahaja template baru. Ejas sikit-sikit sahaja. Tak apalah tak cantik mana asalkan rasa selesa udah ler.

Kalau anda nak cari sumber mudah untuk dijadikan rujukan, cuba di www.contohblog.com sebuah blog tutorial yang sempoi. Di sana juga ada template blogspot untuk anda pilih. Mata pun dah layu, otak pun dah terkedu-kedu. Eh? Kita cari bantal dulu. Jumpa lagi.

Muah Cikit!!! :*


Post a Comment

Previous Post Next Post