Ramai yang berusaha untuk berhenti merokok namun ada di antaranya gagal. Beberapa faktor yang membuatkan mereka sukar untuk menolak keinginan untuk merokok adalah kurangnya semangat atau tekad dan nekad yang luntur di jiwanya. Ini tambah lagi beberapa faktor iaitu:-

  • Berada di kolompok perokok tegar
  • Terpengaruh dengan rakan
  • Tidak kuat menahan godaan asap rokok
Memang susah untuk berhenti setelah memulakannya tetapi setiap yang bermula pasti akan berakhir jadi terserah kita untuk mengakhirnya dalam keadaan apa, sama ada untuk mati dalam penyakti kronik atau tidak.

Sejujurnya rokok itu memperdayakan minda kita. Rokok juga mengganggu orang lain yang tak gemar pada bau asapnya. Perokok jadi hilang segan apabila sikap pentingkan diri begitu tinggi dalam dirinya seolah-olah udara (Oksigen) milik dia seorang.

Ada juga yang tersedar akan ruginya merokok lalu cuba untuk berhenti. Lambakan produk sudah dicubanya dipasaran dan terpaksa menghabiskan banyak wang untuk berhenti merokok. Terdapat banyak kaedah yang tidak memerlukan belanja besar pun untuk berhenti merokok.

Saya ada seorang kawan, dia boleh berhenti merokok selepas kena penyakit jantung. Tapi berhenti sekejap sahaja merokok dan kembali hisap lagi dan dia pun sekarang sudah berhenti buat selama-lamanya selepas 'meninggal dunia' - Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri Rahmat ILAHI.

Kaedah PERCUMA :-

BERPUASA - bila awak berpuasa, awak akan bertahan dari untuk tidak merokok. Ambil peluang berpuasa sunat dahulu. Niat dan tanamkan azam dalam diri. Tekad nan waja tu penting. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

JAUHI PEROKOK - Ini kena kuat. Jangan duduk dengan perokok. Ini tak, awak sanggup tak jauhinya sebab nak jaga hati dia sebab dia tu perokok, hei, kalau dia jaga hati awak juga dia tak merokok dekat tempat awam atau ramai orang. Kalau dia sayangkan awak dia tak hembus asap rokok tu dekat muka awak. Ada faham?

JANGAN SELALU TERDEDAH - Khususnya dekat kedai makan atau pun restoran. Bila awak pergi lepak kedai, minum pula minuman banyak kafien, bertambahlah keinginan anda untuk merokok. Anda mesti bertahan dan banyakkan minum air masak.

ALHAMDULILLAH, dah seminggu berhenti? Teruskan lagi, Syukurlah dah SEBULAN berhenti? Teruskan lagi dan lagi. KUATKAN semangat. Rokok dapat menjimatkan poket anda begitu juga dengan BERPUASA dapat meningkatkan tahap kesihatan.

KESAN SAMPINGAN SAAT BERHENTI

Ada yang demam, ada yang kering kulit tangannya, rasa kebas pening dan mengantuk. Itu kesan sampingan kerana badan anda sudah terbiasa dengan narkotin. Saat ia mula dinyahkan dari badan maka itu kebiasaan yang berlaku. Sebab itulah kalau perokok tegar yang berhenti mengejut ada yang sampai tahan kena serangan jantung. Hal itu berlaku gara-gara dah terlalu lama badannya bergantung narkotin, tiba-tiba putus macam tu dari saluran darahnya. Kesan buruk itu dapat dihindari bila kita mengambil langkah demi langkah dan bukannya secara drastik.

"ELEH KAU TAK MEROKOK CAKAP SENANGLAH!"

Sahabat saya dahulu perokok tegar, sekarang ALHAMDULILLAH, dia nak bau pun dah rasa loya apatah lagi nak menghisapnya. Nak tahu bagaimana cara beliau berhenti? Tu lah apa yang saya tulis di atas tu. Tapi ada juga sahabat saya yang lainnya GAGAL. Salah seorang sahabat saya dapat bertahan selama 8 bulan tapi kembali merokok gara-gara stress dan duduk lepak di kelompok orang yang merokok. Sia-sia juga usahanya. Ada lagi, 9 tahun, rugi sebab terpengaruh lagi. Pengaruh rakan adalah punca paling ketara sedangkan dia dah habis banyak duit untuk berhenti termsuklah beli macam-macam ubat penawar ketagihan.

Ingat ni, Usaha, Doa dan Tawakal itu tidak boleh dipisahkan dengan yang lain. Kena kuat. Itu yang penting. "Tak macho ar lelaki tak hisap rokok." Kenapa kalau tak hisap? "Hancur ke?" Sebenarnya itu adalah propaganda iblis untuk membinasakan diri kita.



p/s: Adik-adik yang tengah galak merokok tu renung-renungkanlah bahawa kita sebenarnya sedang membunuh diri kita sendiri secara perlahan-lahan. Kitalah yang kufur nikmat 'SIHAT' yang dikurniakan ALLAH Azza Wa Jalla.

Post a Comment

Previous Post Next Post