Sekali lagi kita berkongsi di sini dan semoga kita dilindugi-Nya dan moga bertambahlah rezeki kita semua, Aamiin. Kalau semalam kita rasa letih, hari ini biarlah kita terus kuat dengan impian dan harapan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk berjaya.

Saya nak cerita sikit tentang kisah perkenalan dengan seseorang, insan ini pernah diwar-warkan di sebuah blog tentang iras wajahnya persis seorang pelakon. Tapi bukan itu yang saya nak cerita tetapi saya nak beritahu mengenai apa yang sedang beliau usahakan.

Saya tak kenal latar belakangnya, saya pun tak tahu tentang kisah silamnya (bagi saya itu tak penting) tetapi apa yang membuatkan saya tertarik adalah caranya dalam berbisnes. Orang yang saya maksudkan adalah Morris Pasembot Si Penjual Satar. Kalau di area Dungun barangkali ramai yang mengenalinya. 


Abang kita ni buat dan jual satar, hasil tangannya ini amat memuaskan hati. Saya pernah cuba dan ternyata sedap. Katanya dalam perniagaan bukan hanya makanan mesti sedap, tetapi cara layanan kita juga PATUT memuaskan. "Kita buat makanan supaya orang boleh makan, bukan kita buat sekadar bagi orang beli sahaja." Itu katanya.

Saya begitu teruja dengan rasa yang dipersembahkan. "Awak pernah rasa satar kukus?" Hah? Satar kukus pun ada? Selama ini saya hanya tahu satar bakar sahaja. Saya pun cuba dan ternyata begitu berbaloi cuma satu sahaja saya nak tahu.

"Kenapa abang punya satar ni besar daripada yang lain, kira murah sangat." Saya ingin tahu.

"Saya nak bagi biar semua orang boleh rasa dan makan. Saya berniaga bukan untuk kaya tetapi saya berniaga untuk rasa." Balasnya.

Lama saya fikir kata-katanya, dan ternyata terdapat dikalangan peniaga kita hanya sekadar berniaga, sama ada sedap atau pun tak sedap itu belakang kira. Tetapi lain pula bagi Morris Pasembot, kalau boleh dia nak pelanggannya berasa untung dan akan berasa rugi kalau tak menikmati satarnya.



Saya sekarang dah mula mengidam satar kukusnya. Memang lazat. Pada musim perayaan, satarnya paling laku keras. Sungguh dan terbaik.

Menu yang disediakan :

Satar Bakar
Satar Kukus
Paih
Pulut Panggang

 Ini paih namanya. Ikan banyak, sedap dan murah. Apa yang penting LAZAT!


Beliau juga menyediakan produknya dalam bentuk frozen, tinggal kukus saha dah pun siap. Terbaik! Berminat nak rasa produk makanan yang sememangnya lazat dan terkenal di Dungun ni? Apa lagi, contact sahaja si abam kacak mirip Mustapha Kamal ni, tak menyesal punya.


Untuk tempahan atau sebarang maklumat lanjut, hubungi Brother Morris : 
010-5317232 

Post a Comment

Previous Post Next Post