Terngiang-ngiang kata-kata tu di cuping telinga ni. Soal kenapa dan mengapa terus meniti di bibir beberapa rakan. Hanya beberapa sahaja. Ok, saya jawab di di sini. Saya tulis blog bukan sebab 'awak' tapi saya tulis blog untuk 'mereka' jadi 'awak' dan 'mereka' terlalu banyak bezanya. Kalau saya tulis untuk awak, memang untuk awak, jadi awak hanya seorang tetapi saya tulis untuk mereka, PASTI ada yang sealiran dengan pendapat saya. Cuma, berbeza pendapat itu normal.

Saya menulis untuk berkongsi dan barangkali ada yang memerlukan input dan info untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mereka. Kalau awak rasa ianya perlu untuk awak, maka awak pun boleh memanfaatkannya. Ilmu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsikan bersama. Kalau awak ada RM2 ringgit awak bahagia dua, masing-masing dalam seringgit. Tetapi kalau awak ada 1 ilmu, dan kawan awak ada ilmu lalu dikongsikan maka awak dan kawan awak masing-masing dapat 2 ilmu.

Bagi saya la kan, saya tak rasanya ianya membuang masa atau waktu. Saya rasa seronok dengan apa yang saya buat. Menulis membuatkan saya rasa relaks dan dapat melepaskan rasa yang terbuku. Kalau hal yang stress kita pendam, maka bertambah stress. Jadi, beginilah salah satu cara saya menangganinya. Sekurang-kurangnya saya berusaha daripada langsung tidak.


5 MANFAAT MENULIS BLOG UNTUK MENGEMBANGKAN KRETIVITI DAN IDEA BISNES

1. Blogging memudahkan kita memulai bisnes

Selain menulis sebuah buku catatan harian, berblogging juga mampu meraih pendapatan contohnya melalui Google Ad-sense, Afiliate dan Content review yang meneceritakan tentang keunggulan sesuatu produk atau usahasama dengan pemilik atau penulis blog.

2. Blogging memudahkan kita untuk dikenali

Memiliki identiti sendiri dalam gaya penulisan yang menarik merupakan modal utama untuk sukses sebagai seorang blogger. Jika artikel yang dihasilkan mampu menarik perhatian umum dan dibanjiri komentar maka seorang blogger itu maka akan menjadi influencer kepada blogger lainnya.

Secara tidak langsung, populariti seorang blogger meningkat dan sekali gus mempromosikan laman websitenya kepada umum juga turut sukses. 


3. Berblogging juga boleh dijadikan sebagai kedai online


Blog juga memungkinkan seorang blogger untuk menjalankan perniagaan secara online dan target utama adalah para follower setia mereka. Dengan modal website yang mempunyai traffic kunjungan tinggi, di tambah isi kandungan yang berkualiti, menjual produk melalui blog boleh menjadi alternatif kemasukan tambahan bagi blogger yang berkaitan.


4. Blogging boleh dijadikan tempat rujukan

Setiap apa yang ditulis terutama isi yang disampaikan boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Secara tidak langsung orang lain boleh merujuk sesuatu perkara melalui sesebuah artikel yang sahih. Artikel yang berkualiti yang anda tulis akan dikongsikan juga kepada orang lain. Jumlah perkongsian turut memangkin kepada kunjungan (traffic) ke blog anda. Semakin tinggi maka semakin meluas liputan.


5. Blogging juga mampu membantu seseorang

Sekurang-kurangnya apa yang kita tulis dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Dengan ini kita telah membantu orang lain bagi menyelesaikan masalahnya. Tulisan kita yang berkualiti dan berasas dapat memberikan input yang baik. Topik yang kita ketengahkan juga dapat memberikan informasi yang di cari oleh orang lain.

Menulis artikel yang memberikan manfaat, tips, trik mahupun sekadar informasi atau maklumat, dinilai mampu menarik banyak pembaca yang merasa memerlukan informasi tersebut untuk berkunjung ke dalam blog. Blog anda pasti mendapat kunjungan.

2 Comments

  1. betul tu, aku pun mula tulis blog dulu sebab nak bagi info bagi yang mencarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi ada juga yang tak faham. tq sudi komen blog kite :)

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post