Inilah masalahnya, ops! terus masuk ni salam pun tak ada. Assalamualaikum dan salam sejahtera moga saat ini kita dilimpahi rahmat-Nya dan dimurahkan rezeki. Agak lama saya duduk sampai kebas dah ni, menaip sambil berdiri la pula. Menghadap pc bukan menulis dari tablet ataupun laptop tapi usaha tetap diteruskan.

Saya nak cerita sikitlah pengalaman saya yang sangat masam-masam manis, bolehlah gitukan sebab hidup kita ni bukannya selalu beruntung namun nikmat itulah yang selalu dikenang. Cerita tentang kem di sekolah. Selepas program memanah dijalankan lepas tu adalah sikit cenderahati dari saya nak bagilah pada pemenang yang bertuah jawab kuiz. Kuiz pun berkaitan dengan hal-hal memanahlah. Bagi saya mudah tetapi bagi adik-adik kita yang baru kenal apa itu memanah memang rasa susah nak jawab.

Gambar ni sekadar hiasan aje
Bila dah benar jawapannya tu, lalu hadiah diberikan dan selesai dapat hadiah bagi setiap soalan tersebut adik saya sorang tu pun mengumumkan bahawa dalam bungkusan terdapat hadiah dari saya berupa novel. Mereka seronok dapat novel memang senyum sakan. Faham-fahamlah bila budak perempuan dapat novel bagi yang berminat baca novel, teruja. Tapi bila muncul part diberitahu, "Pada adik-adik yang nak dapatkan tandatangan dari penulisnya, boleh datang dekat abang kita depan ni. Beliau la yang penulis buku tu."

Rahang masing-masing jatuh seolah-olah saya ni macam makhluk asing duduk depan mereka. Ya ampun, mereka sampai mati pun macam tak percaya. Sehinggakan cikgu tu ulang lagi sekali sambil pegang mic, "Novel yang korang dapat tu abang tu yang tulis. Pergi dapatkan otograf dia, kang bila abang tu dah balik nanti nyesal." Terus budak-budak tu datang dengan wajah yang tak percaya atau mungkin memang langsung tak percaya.

Saya tenung dalam diri saya, apakah menjadi seorang penulis mesti memiliki penampilan yang menarik? Hahaha tergelak kejap. Kadang-kadang ada juga orang menilai dari sudut yang berbeza, ada yang suka judge dan terus menjatuhkan hukum dan ada yang memang diajar untuk merendahkan diri dan diajar untuk menghormati orang lain. Bahkan memang kita dididik dan diasuh untuk saling hormat menghormati, cuma kita lupa bahawa kebaikan sebenar bermula dari diri kita. Bila kita nak orang buat baik pada kita, kita kena buat baik dulu. Bila masing-masing tahu akan kesedaran ini maka masing-masing pun berebutlah nak buat kebaikan. Tak gitu kawan? ^_^

'Kita tak boleh beli kepercayaan seseorang melainkan ia benar-benar ikhlas menerima kebaikan' - Rashid Salim

Post a Comment

Previous Post Next Post