Sama ada ia kebetulan atau memang ia sengaja diselitkan oleh Seniman P.Ramlee tentang sebuah lagu dalam filem Ali Baba, ia tetap memberikan makna yang mendalam. Ternyata ia terkesan di hati saya sendiri betapa Allahyarham mengambil berat pada pemerintahan Islam walaupun beliau berjuang dalam bidang industri perfileman.

Saya kagum dengan pemikiran beliau dalam setiap plot ceritanya. Dalam filem tersebut semua kuasa pemerintahan ditakluki oleh mereka yang korup menjadi PENYAMUN (berpangkat). Dan part yang paling the best sekali 'Reporter' mendapat kata kunci untuk membuka pintu gua itu telah disuap dengan harta yang banyak dalam diam. Bayangkan ketua penyamun begitu senang memberikan kata kunci bagi membuka pintu gua tersebut sedangkan dia tak perlu pun nak kaji selidik dengan mendalam tetang 'orang itu'.

Alahai di sinilah dia seolah-olah nak beritahu kita semua bahawa 'media' memainkan peranan penting sama ada menyebarkan kebenaran atau kepalsuan (sedangkan wartawan itu tahu bahawa itu adalah harta rompakan). Di dalam geng penyamun itu, watak wartawan tak ada melainkan bermacam-macam karektor selainnya, hakim, polis, doktor dan sebagainya. (Anda kena hayati kisah itu walaupun ia disampaikan dalam lawak jenaka)

Filem Ali Baba adalah untuk memaparkan sistem pemerintahan. Dan sekarang khsusunya kita di Malaysia ini memang sering berlaku. Beliau menjadikan kejatuhan pemerintahan Turki Uthamniyah sebagai garis panduan perjalanan ceritanya. Kita MESTI belajar tentang sejarah. Pernah saya sentuh bab sejarah dalam artikel : Ada Lagi Yang Tertinggal Di Dungun? itupun jikalau ada yang memahaminya.

Sehingga ke hari ini kita selalu lupa tentang sejarah dan selalu sangat mengabaikannya tanpa kita belajar sesuatu darinya. Maka jadilah kita bangsa yang mereput dalam pemerintahan zalim dan korup serta banyak berlaku penindasan dan ketidakadilan.

Pernah dengar lagu ini dalam Filem Ali Baba? Kalau tak pernah sila dengarkan selagi berkesempatan dan inilah yang saya maksudkan :-

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post