Utama » » Pasti Ada Yang Suka

Pasti Ada Yang Suka

Posted by Rashid Salim

Kepala masih sakit, beberapa hari ini tak menulis tapi gagahkan juga untuk berkongsi rasa bersama anda. Maklumlah di kawasan Timur ni musim tengkujuh menjemput tiba, kadang hujan sebelah malam, siangnya mendung, kadang tu pulak panas mengewap. Cuaca macam ni mengundang pelbagai simptom penyakit seperti alahan, batuk selesema dan sebagainya. Walau bagaimanpun saya tetap doakan awak semua sihat sentiasa dan berada dalam lindungan-Nya. Aamiin.

Saya nak cerita satu hal di mana ia berlaku pada saya sendiri tentang cara. Saya ni gemar menulis artikel macam ni la kiranya dan juga suka bernyanyi main gitar, itu sebelum kahwin memang kerap. Sekarang dah ada anak ni jarang terus. Boleh kata tak ada masa tapi mencelah jugak. Dah namanya hobi, kan? Takkanlah kita nak buat benda yang kita tak suka. Maksudnya paksa-paksa buat hakikatnya kita tak mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Jadi, nak beritahu di sini apa yang kita buat pasti ada yang kondem. Yang kondem pulak tak semacam apa yang kita buat. Maknanya sesetengah orang atau kebanyakkan orang ada yang suka 'elehkan' kita. Suka pandang rendah. Tapi yakinlah disebalik orang tak suka, pasti ada yang suka. Kita melakukan hal yang menjadi hobi namun ada jugak orang sakit hati. Itu lumrah, kita tak mampu sekat atau halang, yang mesti saya lakukan adalah saya fokus pada yang suka. Begitulah kata-kata semangat cuba saya terapkan dalam diri.

Oleh itu saya memilih untuk jadi diri sendiri kerana saya tetap saya. Walau orang tak suka walau orang benci kita, kita kena juga teruskan hidup kerana yang ada dalam hati kita hanya ALLAH Azza Wa Jalla sahaja yang tahu. Jika ada orang pandang rendah, biarkan kerana yang menilai bukan dia tapi ALLAH YANG MAHA ESA.

Bergambar kenangan bersama Jai Paka,
seorang yang periang dan peramah disukai ramai,
saya kagum dengan beliau dan cuba belajar sesuatu darinya...


1 comments: