Macam pelik je tajuk artikel saya kali ni. Mahu tak pelik cakap pasal sekolah pulak. Dah berbelas tahun kita meninggalkan sekolah tetapi masih terkenang-kenang lagi. Ya la, kenangan kecil kita dan dari situlah kita belajar mengenal ABC, 1,2 dan 3, kan?

Saya nak bercerita kisah di Dungun dalam hal pendidikan. "Hah? Kau ingat kau tu cikgu ke nak sentuh bab ni?" No,no,no... memang saya ni bukan cikgu tetapi izinkanlah saya mengatakan tentang pengurusannya. Saya cuma nak cerita tentang aktiviti yang sekolah buat untuk anak-anak murid. I jealous you... 

Mahu tak jealous, dulu mana ada saya merasakan bermacam-macam aktiviti macam sekarang. Baiklah, dulu memang teringin sangat nak memanah tetapi tak semua sekolah ada busur dan anak panah. Tak semua yang ikuti permainan mungkin sebab kurangnya pendedahan atau mungkin peralatannya cukup mahal.

Jadi sekarang ni budak-budak sekolah murid-murid sekolah, pelajar-pelajar sekolah dapat bermain permainan Sunnah ini. Tersentuh hati saya bila mana ada pihak sekolah menjemput kami mengadakan kem memanah di tempatnya mengajar tu. 'Welcome' yang diberikan amat menggalakkan tambah lagi murid-muridnya juga begitu teruja. Serius saya terharu.

Kepada pada cikgu yang terlibat dengan pengurusan sekolah, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Beberapa buah sekolah yang pernah menjemput kami mengadakan kem memanah, terima kasih buat:- 

Taski Bestari Dungun
SK Pusat Dungun
SK Sura Dungun
SK Batu 48
SK Durian Mentangau
SK Kampung Baru Kuala Abang
SMK Sains Dungun
SMK Sultan Omar
SMK Seri Dungun
SMI Darul Bayan, Paka



Tidak ketinggalan juga buat beberapa buah sekolah yang menganugerahkan kami Sijil Penghargaan. Anda semua sungguh bertuah kerana berpeluang merasai permainan ini dan kami ucapkan tahniah dan Alhamdulilah. Semuanya dari takdir-Nya.

Beberapa buah sekolah lagi telah menjemput kami untuk mengadakan kem memanah tersebut akan kami update selepas ini. Sepanjang penglibatan kami dalam program memanah ini, sedikit sebanyak menambahkan lagi pengalaman kami dari segi pengurusannya. Kepada warga Dungun yang bergelar Cikgu (Pendidik), terima kasih diucapkan dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak didik untuk mencipta pengalaman memanah bersama Assifu Archery. Sekalung tahniah turut diberikan kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.


Di sini disertakan video terkini dari kami untuk SK Durian Mentangau yang baru kami selesai jalankan pada 12 Oktober 2016. ^_^ 




Sebarang maklum balas sila hubungi kami : 019-941 4233

'Dari ALLAH kita datang, Kepada ALLAH jua kita akan kembali.'

Post a Comment

Previous Post Next Post