Selamat pagi kita jumpa lagi di sini, semalam kita dah luahkan apa yang berlaku di Dungun, itu pun jika awak ikuti penulisan saya. Dan semoga dosa kita semua diampunkan ALLAH. Moga rezeki kita pada hari ini juga bertambah banyak sebanyak-banyaknya, Aamiin.

Waktu pagi bukan seperti biasa disebabkan saya alami sedikit sakit iaitu kebas pada punggung gara-gara duduk terlalu lama. Mahu tak kebas menghadap pc siapkan penulisan. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baik namun kerana semangat kita teruskan. Walau bagaimanapun, masa untuk berehat amat-amat diperlukan.

Awal pagi saya lakukan senaman tetapi apa yang menarik di sini jiran tetangga berasa pelik. Semuanya disebabkan saya jarang melakukan senaman berjoging keliling kampung. (Kebiasaannya di taman) Tapi bukan itu yang saya nak tekankan. Sebenarnyan betapa indahnya panorama di waktu pagi yang seringkali kita terlepas pandang gara-gara kesibukkan kerja mahupun rutin harian.


Melihat tumbuhan menghijau, langit cerah dan mentari yang menyinar membuatkan hati kita berasa tenang bebas dari cengkaman waktu yang menyibukkan itu. Sungguh waktu pagi adalah suasana yang amat dinanti-nantikan namun apabila kita tidak menghayatinya maka ia tidak memberikan apa-apa makna. Di sini saya dapat belajar satu perkara yakni syukur. Kalau kita tak bersyukur, pasti kita tak pernah rasa cukup.

Bila kita ada duit banyak sekalipun tetapi hidup dalam porak peranda dan kehancuran persekitaran kita, itu tidak menjamin apa-apa dan tidak memberikan kebaikan walau sekalipun. Duit itu takkan dapat membeli ketenagan dan belum tentu menjaminkan kebahagiaan. Ada yang mengatakan bahawa :-

'Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit,'

KEIMANAN di dalam dada kita tak perlukan duit. Jadi jangan mengharapan iman yang tenang itu datang kerana mengejar duit. Disebabkan itu akal fikiran saya menelaah satu hal iaitu BAHAGIA. Ketika saya berjalan-jalan, saya melihat orang di sekeliling saya, mereka sibuk dengan tugas masing-masing sehingga bertemu di jalanan itu mereka sendiri barangkali tak sedar soalan apa yang ditanyakan itu...

"Jogging ke Rashid?"

Saya bingung sendiri, bagaimana kalau saya sedang makan? "Makan ke?" Mungkinkah soalannya begitu? Namun, itulah kita sudah melihat tapi masih bertanya kerana kita tak pernah yakin dengan apa yang berlaku. Tatkala hal pertama kali yang kita lakukan itu membuatkan orang berasa pelik, usah peduli, yang nak sihat ialah kita, kita jogging la (bersenam). Yakinlah bahawa ia akan jadi biasa bila kita selalu lakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post