Buku terbitan Fixi ni saya baca sampai habis. Pada mulanya saya tertarik pada blurb yang membuatkan saya tertanya-tanya untuk mengatahui isi dalamnya. Blurbnya begini...

*

Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?
*

Saya pun berkata dalam hati 'Saya wajib memiliki karya ini' jadi apa lagi, saya pun sambar dan bayar di kaunter SMO, Dungun.

Perjalanan ceritanya boleh diagak namun penceritaannya yang baik membuatkan saya dapat merasai emosi psikologi itu. Ia memaparkan sebuah kisah dendam yang begitu mendalam sehingga si pelaku sanggup bertidak kejam.

Sepanjang saya membacanya sehingga bertemu dengan noktah penamat, dapat saya menyimpulkan bahawa buku ini ditulis dengan baik sekali. Bila saya dah mula baca, ia membuatkan saya nak belek halaman terus dan seterusnya kerana PERASAAN INGIN TAHU, begitulah bertapa ia memberi kesan pada bacaan saya kerana ia disampaikan secara direct tidak berbelit-belit.

Tahniah buat penulisnya Ariff Adly. Penulisan anda menjadi rujukan buat saya manalah tahu suatu hari nanti saya dapat juga menghasilkan karya sebegini. Insya-Alah... Aamiin...

Terima kasih juga buat penerbit FIXI. ^_^

Post a Comment

Previous Post Next Post