Saya di sini bercerita dan meluahkannya, bukan untuk suka-suka tetapi untuk kita sama-sama fikir tentang rasa yang terpendam di relung hati dan jiwa. Walaupun bukan untuk semua cukuplah sekadar yang membaca dan mengetahuinya.

Selalunya hal ini berlaku iaitu salah faham tentang sesuatu. Kita selalu atau suka baca tak habis dan terus nak menilai apa yang ditulis. Sekarang ni style orang menulis tajuknya lain isinya lain. Sebab itu baca sampai habis dan telaah betul-betul. Kalau tak dapat nak hadam maka janganlah cepat melatah dan meradang atau seumpamanya. Bila kita pandai-pandai buat spekulasi ia boleh juga mendatangkan fitnah.

Di tempat saya ni area Dungun susah saya nak cerita sebab kebanyakkan orang bercerita tentang kos sara hidup di sini begitu tinggi, jadi bermacam-macam andaian muncul. Tetapi saya dah malas nak sentuh isu tepu zaman berzaman kerana dikalangan kita suka membiarkan sahaja tanpa membantah.

Baiklah berbalik pada topik penceritaan, sampai bila nak berdendam? Ia lahir dari sebuah kebencian. Ia sangat berkait rapat. Buat apa nak benci, buat apa nak berdendam? Semenjak saya mengenali seorang kawan, saya belajar suatu darinya yakni 'sabar' insan ini dianugerahkan satu sifat yang penyabar yang memang jaraknya dengan saya berpuluh ribu batu bezanya. Memang sukar ditafsirkan tentang bagaimana orang ini boleh sesabar ini terhadap saya yang orangnya jenis suka marah-marah.

Akhirnya dengan kesabaran itu keegoan saya tunduk. Dia berkata kepada saya, "Abang, sampai bila kita nak simpan perasaan benci dan dendam?" Saya tak tahu nak jawab kerana saya merasakan perasaan itu membuak-buak. Bila orang lain buat masalah saya jadi benci pada orang yang bermasalah itu sedangkan saya tak tahu apa punca orang itu jadi macam tu. Pasti ada sebab musababnya.

Saat muncul hal-hal 'bangang' yang menjengkelkan saya, maka saya meluat. Lalu si kawan itu berkata, "Hati kita ada menyimpan sesuatu yang tak baik."

"Apa yang aku simpan?"

"Dendam."

"Tak." Saya tetap menafikan.

"Sebenarnya selagi kita benci dan berdendam pada sesuatu maka selagi itulah hati kita tidak akan tenang bila berbuat hal-hal lain. Contohnya pekerjaan kita jadi tak aman. Hasil kerja kita jadi tidak bermutu." Ujarnya lagi.

Saya memang tak faham dengan sikapnya yang saya anggap serkap jarang konon nak jadi nujum teka teki tetapi apa diperkatakannya adalah benar. Dia bagaikan diberikan satu anugerah oleh ALLAH Azza Wa Jalla untuk membaca tingkah dan pemikiran walaupun ada kalanya meleset namun kebanyakkan adalah lahir dari sebuah penafian saya sendiri.

Sungguh, ada perkara yang berlegar dalam benak saya. Saya benci dan dendam pada pemerintahan sekarang. Saya benci pada penyelewengan, saya benci pada kebodohan orang yang sanggup membiarkan kezaliman tetapi tiu hanya dalam kepala otak saya yang tak terlahir dari percakapan namun itulah puncanya kita hilang daya usaha.

"Kita fikir sahaja pun tak guna bang. Kita kena bertindak, jadi buang sifat itu. Benci dan dendam pada kezaliman itu tak salah tetapi kalau abang dah abaikan tanggungjawab, maka abang akan menyesal bila melepaskan peluang."

"Apa maksud kau?" Soal saya padanya kerana saya mula keliru walaupun tak dihidangkan secawan kopi kami mula bersembang.

"Walaupun abang bencikan cara PM tu, abang menyampah dengan cara dia, apa yang abang dapat?"

"Kau dah mula nak sentuh bab politik la ni ya?" Saya seolah-olah cuba mencabul perbualan dengan mengelak topik sedemikian walaupun itu adalah telahan tepat.

"Maksud saya bang, hidup kena diteruskan tanpa ada pengabaian. Contohnya perniagaan abang, kalau abang asyik fikirkan masalah bermakna abang sedang menciptakan masalah yang baru. Bahkan ia bertambah rumit lagi. Abang nak ke apa yang abang usahakan selama ini akan sia-sia?" bicaranya dan dalam kepala otak saya ketika itu menangkap perkataan 'GST' Goverment Say Thank you.

"Ini yang kau tak faham" Saya mula berdebat walaupun saya tahu saya akan kalah.

"Mungkin saya terlebih faham membuatkan saya nak abang faham bahawa tak ada satu masalah dalam dunia ini tak boleh diselesaikan melainkan kematian. Tak ada tempat yang selamat dalam dunia ini melainkan hanya ada yang lebih selamat sahaja. Tiada yang benar-benar dapat menjaminkan keselamatan 100% sedangkan bateria pun dapat dihapuskan cuma 99.99% sahaja. Itu pun iklan dekat televisyen yang cakap." Katanya dan saya cuba berfikir idealoginya yang menyerang saya secara psikologi.

Saya pun terfikirlah bahawa saya fikirkan cara menyelesaikan dan buka memikiran masalah dan terus fikir tanpa mencari jalan penyelesaian. Terima kasih buat insan hebat ini. Alhamdulillah sama-samalah kita cuba perbaiki kesilapan. Kita benci dan berdendam pun tak guna kerana usaha mesti dipertingkatkan dan sampai waktunya nanti kita MEMANG akan PERANG. Janji ALLAH itu PASTI.

PM= Private Message

Post a Comment

Previous Post Next Post