Salam sejahtera semoga semuanya sihat belaka dan moga bertambah rezeki kita pada hari ini. Diharapkan juga hari ini lebih baik dan terbaik dari semalam yang ditinggalkan. Walaupun kita menghadapi pelbagai ujian dan cabaran, kita harunginya dengan tabah. Hidup kalau tak ada cabaran memang tak seronok, akal pun tak berkembang.

Jadi, buatlah apa yang kita rasa betul dan menyenangkan kita dan bukannya kita berbuat sesuatu untuk memuaskan hati orang lain. Kita melakukannya untuk kebaikan kita dan jangan terlalu berharap apa yang kita buat itu orang akan anggap baik atau suka sebabnya yang menilai bukan kita tetapi adalah ALLAH Azza Wa Jalla.

Kalau saya pun pedulikan kata-kata negatif orang lain terhadap perkara yang sedang kita usahakan ternyata kita takkan ke mana-mana. Lantas saya pun begitu juga berbuat apa yang menyenangkan hati saya. Sama ada orang suka atau pun tidak itu kita tak boleh paksa. Itu hak peribadi masing-masing.

Awak nak buat, awak buatlah dan apa nak jadi selepas itu jadilah. Tak guna kalau kita berfikir dan terus berfikir akan kata orang. "Kata Orang" sampai bila-bila pun orang akan mengata kerana orang memang begitu lumrahnya. Asalkan apa yang kita buat itu memberikan manfaat pada diri kita sudahlah...



Sekali sekala cuba berlakon apa salahnya. Kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post