Utama » » Siapa Pula Yang Nak Bercerita Tentang Bahagia?

Siapa Pula Yang Nak Bercerita Tentang Bahagia?

Posted by Rashid Salim

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA pada yang membaca dan bertandang ke blog ini. Terima kasih tak terhingga buat anda yang setia bersama saya. Ecewah macam saya sedang bersiaran di kaca televisyen la pulak. Hari ini hari Selasa tanggal 11.10.2016 chup! Memang betul la tarikhnya dan masa memang cepat berlalu.

Mood saya beralih dari menulis status di Facebook kini menulis panjang-panjang di blog. Rajin pulak kan? Begitulah hidup saya yang tak menentu. Kenapa hal ini terjadi? Anda pun semacam saya jugak ke? Harap-harap tak adalah macam saya kerana setiap dari kita berbeza-beza dan mendapat ujian yang tak sama cuma pengajaran di dalam kehidupan pasti ada.

Syukurlah hari ini saya dan anda masih bernafas untuk membetulkan keadaan yang mungkin semalam kita ada melakukan kesilapan dan hari ini kita diberikan kesempatan lagi oleh ALLAH untuk sama-sama melihat Keagungan dan Kebesaran-NYA. Alhamdulillah...

Jika saya tak di sini entah di mana lagi untuk bercerita tentang bahagia, ada kalanya kita berasa sangat berduka dan kecewa namun itulah warna-warna kehidupan yang tidak hanya milik kita seorang. Kita berkongsi langit yang sama dan disinari matahari yang serupa. Malah kita tidak dapat lari dari kenyataan di mana kita akan MATI.

Sebelum semua itu berlaku atau pun terjadi, kita mungkin berasa HEBAT dan berasa GAGAH bahkan tidak pernah TAKUT dengan bala bencana yang menimpa tetapi adakah kita benar-benar KUAT untuk menghadapi KUASA alam? Kadang-kadang saya bertanya pada diri saya sendiri, apa yang aku MAHU? Sampai sekarang pun masih bingung.


Bahagia akan tercipta bila kita ikhlas melakukannya
(Kenangan hantaran perkahwinan saya yang digubah sendiri
asalkan saya suka membuatnya. hehe)

Bila saya renungkan kembali, hidup ini sebenarnya untuk kita saling berkongsi. Berkongsi apa sahaja kecuali NYAWA. Itu dipinjamkan oleh ALLAH untuk diri masing-masing yang mesti kita JAGA hingga tiba MASANYA untuk dipulangkan. ALLAH Azza Wa Jalla berikan kita nikmat yang tak terhingga cuma kadang-kadang kita tak bersyukur. MALAH kita merasakan apa yang kita miliki itu HAK kita secara MUTLAK.

"Bercakap bagaikan seorang pakar motivasi!" Mereka yang berkata sedemikian dikuasai EGO yang mendalam. Sampai waktu dirinya ditimpa MUSIBAH, manakah KEKUATAN yang ingin diambil? Ternyata hidup ini memerlukan SOKONGAN. Berserahlah pada Yang Maha ESA.

Apa yang dapat saya simpulkan dan belajar di sini adalah hidup ini sangat adil kerana adanya KARMA. Hari ini kita khianati orang, bagaimana pula kalau apabila esok atau lusa atau tulak dan seterunsya kita pula yang dikhianati? Sakit, kan? Jadi jangan mula menyimpan terlalu banyak kepercayaan pada orang jikalau takut berasa sakit apabila dikhianati. Simpan sahaja 'anggapan yang baik' supaya kita tidak tegar mendukung FITNAH. Maka PERCAYALAH kita pada ALLAH kerana JANJI ALLAH ITU PASTI.

Semoga perkongsian kita pada PAGI yang Indah ini amat bermakna dan bermanfaat. Oleh sebab itu kita digalakkan MEMBACA, tanpa MEMBACA kita tak dapat gali ILMU yang memberikan KEBAIKAN. INSYA-ALLAH. Saya doakan kita semua DIRAHMATI-NYA. Aamiin...


4 comments:

  1. Assalam encik...sy nk bertanya.. Blog rasmi SKKB ade x? Klu ade, boleh bg add x? Tq ye.

    ReplyDelete
  2. Assalam encik...sy nk bertanya.. Blog rasmi SKKB ade x? Klu ade, boleh bg add x? Tq ye.

    ReplyDelete
  3. Wassalam. Itu saya tak pasti....

    ReplyDelete