Bagi peminat tempatan yang suka cari barang terpakai, tak salah pergi lihat satu tempat ni. Saya melalui kawasan itu terus terpukau dek warna warni boneka tersebut. Patung yang tergantung begitu menarik perhatian saya. Masa tu nak pergi jenguk anak saudara di SK Delong Dungun.

Turun-turun sahaja tangan ni laju aje pergi sambar satu anak patung ni. Wah! Masih elok dan memang patung-patung di situ elok-elok semuanya. Saya bukan peminat yang obses tetapi saya yakin pasti ada yang menyukainya. Lagi pun saya sendiri sudah jatuh hati pada yang satu ini. Tadaaaa....


Masih terdapat banyak lagi koleksi untuk dimiliki yang didatangkan khas dari Jepun dan USA. Tambah pula harganya pun berpatutan. Bagi saya, koleksi di sini sangat rare, original dan unik.

Menarik dan Murah

Apa dia??? Tak tahu mana tempatnya ni? Oh! Saya sendiri pulak lupa nak kasi tau. Bagi yang berada di area Dungun ni boleh sahaja lalu di Jalan Che Lijah selepas SK Tanjung Pati menghala ke Bukit Besi. Ada la dekat tepi jalan tu. Saya pun lalu dan singgah sebentar sahaja di situ siang tadi. Sempatlah minta izin berfoto sekejap. hihi.

Unik

Post a Comment

Previous Post Next Post