Hari ini bertambah baik? Lebih hebat dan bersemangat? Biarkan hari ini lebih hebat lagi dari semalam okay. Kena okay jangan tak okay sebab saya pun buat-buat okay ni. Penat ke tidak berniaga hari ini? Kalau tak penat bukan berniaga namanya itu goyang kaki. Sekarang goyang kaki lama-lama pun boleh penat, iya dak? Jadi ambil sikit masa hadam apa yang saya nak cerita ni.

Kisahnya macam ni, saya ni pun berniaga jugak, tapi bila kita nak buat sesuatu bisnes ada aje hal-hal negatif berlegear dalam kepala. Contohnya macam nak berniaga nasi lemak tepi jalan, contoh aje ni, terus otak fikir, boleh ke tak berniaga ni? Ada ke orang nak beli? Ya Allah, awak berniaga pun belum dah fikir macam tu. Lagi, kalau awak baru mulakan perniagaan janganlah taruh harapan tinggi nasi lemak awak boleh dikenali dalam masa satu hari. Ambil masa buat promosi. Kalau tak laku, takkan dah mengalah? 

Pelik kan? Hari ini berniaga esok dah tak. Macam saya ambil masa 5 tahun baru nak mulakan bisnes yang lain bila saya lihat pattern perniagaan saya berubah mengikut perkembangan semasa. Ye la, sebelum ini tak kena banyak cukai, sekarang supplier pun dah naikkan harga barang. Secara tak langsung ia memberi kesan. Saya tukar sebab tak dapat tampung maintanance yang semakin tinggi. Kalau saya ikut aje kata orang, rugilah kau tutup atau apa sahaja, jadi kita tak boleh nak rasa hal yang lain. Macam itu juga dalam nak cari bisnes baru yang sesuai dengan kita. Kita servey dulu macam mana, bila kita nak buat, kita lancarkan sahaja dan jangan lupa bersedia jika gagal. Jika, hanya jika bukan MEMANG. Maksudnya buat apa sahaja kena bersedia. Macam awak ada plan A nak niaga nasi lemak, takkan nasi lemak sahaja? Kata orang menyelam sambil minum air. Buatlah tambahan sikit-sikit contoh tambah 'dara'. Gurau sahaja, maksud saya branding. Kalau branding kuat, promote apa aje orang beli itulah Plan B.

Talk to the hand
Sekarang hebat kuasa viral ni, benda biasa-biasa boleh jadi luar biasa sebab orang tak terfikir apa yang kita fikir. Oleh itu kita buat sesuatu luar kotak fikiran yang tak terjangka dek orang. Saya pun dekat sini baru bermula dan juga sama-sama belajar dengan awak di alam perniagaan ni. Berkongsilah untuk memantapkan pengetahuan. Saya masih teruskan perjuangan walaupun menghadapi beribu tentangan dalam bisnes baru yang saya usahakan hampir dua tahun ini bersama-sama dengan rakan kongsi saya. Kami tetap melakukannya walaupun ada pihak tak suka sebabnya saya buat bukan untuk mereka yang tak suka, saya berniaga untuk mereka yang 'suka'.

Ibu saya ada berpesan, "Biar mereputlah orang yang tak suka. Buat aje apa yang kita suka jangan pedulikan orang yang tak nak terima. Bukan kita paksa pun." (Mak saya cakap dalam dialek Terengganu la mak saya orang Ganu Kite) Saya pun hadam dalam kepala saya sampai sekarang. Jadi kalau awak nak berniaga benda yang lain dari yang lain, jangan fikir apa orang kata tapi fikir 'kita suka'. Semoga kita sama-sama berjaya nanti ya menjadi sahabat yang baik, Insya-Allah...



Post a Comment

Previous Post Next Post