Pertama kali dalam sejarah hidup saya naik ke Bukit Bauk walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Dungun. Walaupun zaman kecilku hari-hari menatap bukit itu tetapi tidak pernah terlintas untuk menelusuri lembahnya. Apa yang ada di sana? Itulah pertanyaan yang menjengah dalam minda saya.

Apa yang saya ketahui di sana terdapat laluan lama di mana ia sebuah jalan yang berbahaya kerana terdapat banyak selekoh naik dan turun bukit. Kiranya dahulu kalau orang nak datang ke Dungun terpaksa melalui jalan yang tidak sekata dan mengundang bahaya sebegitu. Silap-silap ada gajah melintas, ada cikbi, ada harimau dsb. Tapi sekarang nak tengok cik bi tak nanti ke Bukti Bauk, depan pagar rumah pun hari-hari melintas depan mata dengan buat muka selamba bersama sanak saudara sederet jalan terkedek-kedek. Hehe...

Melalut ke situ pulak ye, ok berbalik pasa Bukit Bauk tu, saya pun parking motosikal di bawah berdekatan dengan batu penanda tu. Macam dalam gambar dekat bawah ni:-



Dah jadi Taman Rekreasi Bukit Bauk, terbaik! Di sini tempat orang berjoging pada waktu pagi dan petang untuk naik dan turun bukit serta menjalankan aktiviti JT (Jungle Tracking). Saya tahu tu tapi tak pernah nak pergi. Maksudnya belum terjentik di hati. Tak pelik pun bukan saya seorang pun tapi ramai lagi warga Dungun yang tak pernah sampai sini. Betul tak? Hihi. (Tapi sekarang pernah pergi)

Kenapa tiba-tiba nak pergi?

Saya nak cari sedikit ketenangan dan Alhamdulillah saya dapat merasainya setelah tiba di atas sana lalu saya pun menjerit sekuat hati dan hari ni tekak saya masih sakit (Padan muka saya). Bila dilepaskan segala perasaan, rasa yang hadir dalam dada bukan kepalangan, disapa pula dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa lagi mendamaikan suasana.

Maklumlah nak mendaki bukan main lagi, amat penat sebab pertama kami kut. Bila dah sampai atas sana terasa sangat puas hati. Semasa perjalanan nak ke atas tu, laluan saya ditemani hutan yang indah. Panorama yang menarik dengan musik alam bergema. Cengkerik pula setia menemani sepanjang perjalanan. Allahu'Akbar...


Jika ada kelapangan nak datang lagi, mungkin cuba untuk lakukan aktiviti meditasi pulak. Mungkin akan lebih fokus mendengar suara alam, tak gitu? Terima kasih sudi baca artikel kali ini. Lama tak posting... hiks. Jumpa lagi Bukit bauk Dungun.

Post a Comment

Previous Post Next Post