Utama » » Mesti Save Budget Untuk Marketing - Ikram Al-Banjari

Mesti Save Budget Untuk Marketing - Ikram Al-Banjari

Posted by Rashid Salim

Turut bersama, owner Rydone Drinks (Tuan Shahidan),
Assifu Archery (Encik Nasri) & Tuan Ahmad Roslin

Berbaloi rasanya dapat meluangkan masa bertemu dengan insan hebat. Dapat dimanfaatkan apa yang disampaikan. Pertemuan yang diaturkan Ilahi amat berharga. Saya turut berterima kasih buat Tuan Shahidan kerana beliau telah memperkenalkan saya pada seorang yang begitu rendah diri orangnya, iaitu Tuan Ikram Al-Banjari.

Banyak ilmu dalam pemasaran produk disampaikan dengan baik. Alhamdulillah dapat saya hadam sedikit demi sedikit. Apa yang dikongsikan semoga dapat saya kongsikan juga buat sahabat saya yang lain nanti.

Ternyata bukan mudah, namun ada cara yang perlu dipraktikkan dan ada strategi yang mesti dimainkan. Sungguh terkesan terhadap butir bicaranya. Benarlah kata pujangga, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Kata saya pula ,Tak Sungguh Maka Tak Sempurna.

Pertemuan kami berlangsung di Tappers Cafe Kuala Terengganu. Terima kasih buat beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Insya-Allah jika diberikan kesempatan ingin lagi bersua dengannya dan juga bersama sahabat-sahabat yang lain.