Utama » » Siapa Sebenarnya Fattah Amin Sehingga Pemuda Dalam Facebook Ini Mengamuk Sakan?

Siapa Sebenarnya Fattah Amin Sehingga Pemuda Dalam Facebook Ini Mengamuk Sakan?

Posted by Rashid Salim

Kadangkala rencah dalam penulisan kurang rasa jika tidak timbul kontroversi. Malah ada sahaja ciptaan terbaru dari perminan tersebut. Seperti yang saya tulis, ia barangkali menjadi satu pemasaran percuma untuk menyebar luaskan lagi isu hangat sekarang, Fattah Amin.

Jujur saya tak tahu pun siapa dia, tiba-tiba ada orang update status di fb mengenainya, katanya seorang pelakon yang tulis buku 'mutiara kata' Oh! Ia jadi viral. Maka orang pun jadi tahu. Kemudian timbul lagi satu provokasi berbaur kontroversi + marketing, FOC seperti ini.


Saya PS ni pun dari group dalam facebook, saya tak tahu apa-apa jadi tahu dan rasa nak beli buku walaupun dimaki hamun oleh tukang posting. Seharusnya kita berterima kasih bagi haterz kerana mereka begitu berguna sekali dalam membantu untuk menaikkan rating buku ini. Tak kisahlah berapa harganya sekalipun kerana pasti ada peminat tersendiri. Beliau menulis untuk peminatnya. Tak apa, jika kita tak suka, kita jangan bising sampai begitu sekali. Dosa kering dapat.

Jangan risau, ia pasti best-seller dari marketing percuma ini. Pihak penerbitan tidak perlu lagi bersusah payah dalam mempromosikannya. Sudah ada peminatnya. Apa yang baik kita manfaatkan, apa yang tidak baik kita jauhkan. Semoga ALLAH melindungi kita semua, Aamin.