Utama » » Saya Yakin Rezeki Datang Daripada ALLAH

Saya Yakin Rezeki Datang Daripada ALLAH

Posted by Rashid Salim

Salam sahabat saya sekalian. Semenjak dua menjak ini kehidupan saya bertambah mencabar. Dari biasa-biasa saja terus jadi luar biasa. Tahu tak kenapa? Saya nak berkongsi kegembiraan ini. Ia menjadikan saya bahagia dengan kelahiran putra sulung saya iaitu Muhammad Aiman Firdaus. Syukur Alhamdulillah kepada Allah Azza Wa Jalla menganugerahkan bayi ini buat saya. Ia adalah sebuah amanah dan tanggungjawab yang wajib saya pikul.

Apa yang saya katakan luar biasa adalah rezeki anak datang tanpa saya sangka. Usai saya menutup perniagaan komputer saya, kini saya berada pula dalam bidang sukan iaitu menjalankan aktiviti memanah. Apa yang saya lakukan ini membuatkan saya merasai sebuah pengalaman baru. Ia takkan datang kalau saya tak menciptakannya. Namun saya tak dapat nak memikirkan ungapakan 'sampai bila' kerana apa yang saya lalui kini adalah dari takdir ALLAH atas dasar pilihan saya sendiri.

Kawan saya mengatakan kepada saya "Kau rugi tutup kedai komputer," Lalu saya menjawab, "Lebih rugi lagi kalau saya biarkan peluang yang ada depan mata saya itu berlalu." Saya cakap macam ni sebab saya tak nampak mana fokus saya dalam bidang ini ditambah lagi keadaan semasa terhadap cukai yang dikenakan terlalu tinggi untuk saya teruskan. Pendek kata saya tak dapat lagi cover 'maintanance' saya semenjak GST dilaksanakan.

Saya ni peniaga kecil yang terkena tempias dari usaha kerajaan yang kononnya nak perkasakan rakyat tetapi hal lain pula yang berlaku. Maaf cakap, saya tak melibatkan soal politik tetapi saya bercerita atas dasar keperimanusian. Barangkali semua orang merasainya. Tidak ketinggalan juga di daerah yang saya menetap ini iaitu di DUNGUN yang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi melebihi KUALA LUMPUR sedangkan ia hanyalah sebuah pekan yang dipercepatkan naik taraf pada sebuah nama sahaja 'PERBANDARAN' lalu segala macam cukai itu dan ini dikenakan selain daripada harga barang mentah yang begitu tinggi.

Lalu saya pun membuat keputusan menyertai Mohd Nasri Musa dalam memperkenalkan permainan sunnah kepada warga Dungun. Sedikit sebanyak beliau banyak memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana cara untuk memanah.

KENAPA MEMANAH? KAU BOLEH HIDUP KE DENGAN MEMANAH NI?

saya terus berlatih memanah
Ayie, (Nama samaran) berkata yang dia memang minat bidang ni. Saya bukan terpengaruh tetapi selepas mendapat erti sebuah kesedaran maka saya mengetahui hakikatnya. Ia menjalankan misi dan visinya walaupun pada awalnya saya kurang jelas tetapi kini saya mula nampak.

Saya ingin menciptakan sebuah pengalaman baru maka saya turut bersamanya. Memang pada mulanya ia mendapat tentangan hebat dari beberapa induvidu namun itu tidak mematahkan semangat kami. Lalu kami mencuba lagi dengan mencari sebuah tapak dan akhirnya kami mendapatkannya. Apabila usaha kami semakin berkembang, maka tampil pihak meruntuhkannya dengan alasan yang langsung tidak munasabah. Inilah punca di mana kami MESTI mencari tapak lain setelah diusir orang kampung berkenaan. Hakikatnya tanah itu bukan milik persendirian tetapi ia dijaga oleh kerajaan.

ALLAH MAHA BERKUASA, kini kami selesa di tapak baru walaupun ada juga tempias hasad dari warga tempatan namun kami tidak peduli. Kami meneruskan juga. Itulah sedikit pengalaman yang tercipta membuatkan kami berada di sini. Mungkin inilah hikmahnya.

Dengan bantuan Cikgu Musa yang merupakan bekas guru kepada Mohd Nasri, kami dapat menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah sekitar DUNGUN. Tahniah dan sayabas buat pengurusan sekolah yang berjaya menganjurkan aktiviti ini yang sememangnya ia mesti diserapkan supaya anak muda atau generasi akan datang mengetahui akan kehebatan dan kelebihan memanah ini.

TEKUN MEMANAH

Semenjak saya mengenali anak muda ini, saya turut tekun belajar memanah dan saya menjadi suka untuk berkongsi pengalaman memanah kepada orang lain juga. Tengok orang memanah nampak mudah tetapi bila cuba sendiri anda akan tahu.

Lapang sasar memanah di Pantai Sura, Dungun
Bergambar kenangan bersama Cikgu Ali di tapak Assifu Archery,
jurulatih memanah di Negeri Sembilan
Kenangan bersama Yasin Senario
Semoga suatu hari nanti saya dapat menulis buku tetang aktiviti memanah ini. Dengan itu dapatlah saya berkongsi lebih info kepada masyarakat kita mengenai permainan sunnah ini. Saya bimbang dan takut bila orang-orang yang 'jahil' terus menghina dan mengherdik permainan yang Nabi Muhammad sendiri main. Oleh itu kesedaran mestilah dipupuk dari akal umbi lagi iaitu dimulakan dari peringkat awal.

Taklimat memanah disampaikan
oleh Encik Nasri di SK. Kg. Baru Kuala Abang

Kenangan : Aktiviti memanah dijalankan di SK. Batu 48 Dungun
Saya rehat dulu, nanti kita jumpa lagi dalam artikel seterusnya. ^_^ Semoga anda semua dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH Azza Wa Jalla. Insya-Allah, Aamiin.

'Mencipta Pengalaman Untuk Pengetahuan'