PROLOG adalah pembukaan sesebuah cerita. Ia menyediakan fikiran pembaca mengenai sesebuah cerita dengan memberikan latar cerita secara naratif. Ia boleh juga disampaikan melalui puisi. Prolog bolehlah disifatkan sebagai PENDAHULUAN dalam buku ilmiah.
EPILOG pula adalah tulisan di akhir sebuah karya kreatif. Ia merumus keseluruhan cerita. Malah, ada juga penulis menggunakan epilog untuk menceritakan apa yang terjadi setelah tamatnya sesebuah cerita. Epilog bolehlah disifatkan sebagai PENUTUP dalam buku ilmiah.
Apakah PROLOG mahupun EPILOG itu penting? Ia bergantung pada keadaan. Andainya sesebuah cerita yang hendak disampaikan itu agak kompleks mahupun berat, prolog boleh membantu pembaca untuk mendapatkan gambaran apakah kisah yang akan dibacanya.
Begitu juga epilog itu penting seandainya penulis hendak menyampaikan apa yang terjadi pada watak-wataknya setelah tamat cerita yang ditulis. Justeru, prolog dan epilog itu digunakan sebagai panduan kepada pembaca, lebih-lebih lagi jika cerita yang ditulis itu berdasarkan kisah benar di mana pelbagai fakta boleh dicatatkan di bahagian prolog dan epilog.
Ada juga fiksyen yang menggunakan insiden yang benar boleh menggunakan prolog dan epilog. Misalnya, jika kita menulis cerita yang menggunakan tragedi MH370, perjuangan menuntut kemerdekaan ataupun kesultanan Melayu Melaka, misalnya.

: dipetik dari pages FB Taiko Seni

Post a Comment

Previous Post Next Post