Masa tetap berlangsung, mahu atau tidak ia terus bergerak dan begitulah kehidupan. Saban hari kita wajib melaluinya. ya, takkan pernah terhenti. Begitulah kenangan, hanya mampu mengimbas dan untuk merasainya semula adalah mustahil kerana yang paling jauh ada masa lalu dan yang paling dekat adalah kematian.

Santai di Tepi Pantai Teluk Gadung Dungun,
Membaca sambil berniaga ^_^ Terima kasih wahai 'Pengalaman
'
Saya terkenangkan waktu itu, ketika mula-mula merangkak dalam perniagaan. Saya masih lagi jauh, jauh tersudut suram dari ilmu. Lantas saya meniti hari-hari dengan bertintakan pengalaman lalu mencaritkan warkah pada halaman kehidupan. Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan menghadapi setiap dugaan yang datang.

Hari ini, saya melangkah dan terus melangkah meneruskan perjuangan dalam serpihan harapan. Biarpun seringkali rebah namun itu bukan penamat perjalanan hidupku. Saya pasti warna pelangi akan muncul, malam berganti siang, namun terserah takdir yang Maha Kuasa, mahu dimana akan diletakkan kita. - Rashid Salim

Post a Comment

Previous Post Next Post